Sunday 13 June 2021

ATM BERSEDIA MEMBINA LEBIH BANYAK HOSPITAL MEDAN

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia membina enam buah lagi hospital medan bagi membantu menghadapi Covid-19 di samping enam buah hospital itu yang kini beroperasi di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Kapit, Pokok Sena, Kepala Batas, Tawau dan terbaharu di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan terus dilakukan jika masih terdapat keperluan untuk menambah lagi fasiliti itu.

Menurutnya, melalui peruntukan tambahan diterima daripada kerajaan, ATM boleh membuka enam buah lagi hospital medan jika diperlukan dan bersedia melakukan lantikan kontrak melibatkan 30 doktor dan 100 paramedik daripada ATM beserta peralatan.

Tambah Ismail Sabri, Hospital Medan di HSA akan mula beroperasi pada Khamis ini dan akan mengendalikan pesakit Covid-19 dalam kategori ketiga dan keempat.

Ternyata, Ismail Sabri begitu serius dalam membantu KKM menggunakan kepakaran dan aset yang dimiliki ATM memerangi wabak Covid-19.

Semoga dipermudahkan segala usaha yang dilakukan beliau dan ATM. 

Ini bentuk keuntungan yang jarang kita nampak apabila sebuah kementerian diterajui oleh seorang pemimpin yang sentiasa bekerja dan sentiasa berfikir untuk kebaikan rakyat melalui kepakaran-kepakaran yang ada dalam ATM.

Seorang menteri yang amat kreatif menyesuaikan aset dan kepakaran ATM untuk membantu kerajaan dalam usaha menangani pandemik Covid-19.

Terima kasih YB DS Ismail Sabri kerana secara tidak langsung telah mengangkat kredibiliti ATM di mata rakyat selain tugas menjaga keamanan dan keselamatan negara.

No comments:

Post a Comment