Tuesday 15 June 2021

ISMAIL SABRI UCAP TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG DAPAT 12A

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bangga dengan pencapaian pelajar yang mampu mencapai keputusan cemerlang dalam SPM 2020 biarpun menghadapi cabaran besar ketika berdepan pendemik Covid-19.

Beliau memuat naik video perbualan di akaun FBnya dengan seorang pelajar cemerlang yang memperoleh 12A SPM 2020, Izzah Fareeha Faizul Rizal. Izzah adalah pelajar dari Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) kelolaan Majlis Aagama Islam Wilayah Persekutuan.

Selain memuat naik video, Ismail Sabri juga membuat titipan berikut:

Pencapaian yang amat membanggakan.

Kita sedar dalam keadaan pendemik sekarang, semua menghadapi kesusahan lebih-lebih lagi dalam konteks pelajaran.

Tapi kita harus bangga dengan pencapaian adik ini dan semua pelajar SPM yang cemerlang, yang mana tidak menjadi pendemik Covid-19 sebagai halangan untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Bagaimanapun sekiranya keputusan yang diterima bukanlah seperti yang diharapkan, jangan sesekali berputus asa. Kerana masih ada peluang pada masa akan datang.

 

No comments:

Post a Comment