Saturday 26 June 2021

TAMPAL GAMBAR DAN LAMBANG PADA SUMBANGAN

Individu yang menerima bantuan tidak kisah apa niat si pemberi. Apa yang penting mereka mendapat manfaat dari sumbangan tersebut.

Jadi, kepada si pemberi, anda boleh tampal gambar atau apa-apapun di plastik, kotak, botol dan sebagainya.

Si penerima tetap akan angkat ibu tangan dan mengucapkan terima kasih, walaupun di dalam hati mereka terdetik tidak suka kepada gambar itu.

Demi mendapat bantuan, si penerima sanggup menunggu lama, beratur panjang, mendengar kisah propaganda dan sebagainya. Bahkan ada yang sanggup mendengar ‘kejian’ asalkan mendapat apa yang diperlukan.

Jadi, kepada yang sudi menghulurkan bantuan, sila-silakan.

Tampallah gambar anda atau apa-apa lambang yang difikirkan perlu. Yalah.... kalau tidak si penerima tidak tahu sumbangan daripada siapa.

Tentang pahala, itu antara anda dan Allah. Semoga mendapat ganjaran pahala dari Allah. Amin.

Gambar hiasan 

No comments:

Post a Comment