Saturday 25 September 2021

TARIKAN HIKING BUKIT KWONG RANTAU PANJANG

 
Bukit Kwong kini menjadi salah satu lokasi baharu kembara berjalan kaki (hiking) di Kelantan. Dengan ketinggian hanya 286 meter ianya amat sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga.

Bukit Kwong Bukit Kwong terletak di Rantau Panjang, Kelantan.

Lokasi Bukit Kwong berhampiran dengan sempadan Malaysia – Thailand. Sempadan negara hanya kira-kira 2 km sahaja dari Bukit Kwong. Kawasan yang berdekatan di kawasan Thailand ialah Waeng.

Kawasan Bukit Kwong dilihat mempunyai potensi yang cukup besar untuk dijadikan destinasi hiking kerana ia menjanjikan suasana pendakian mencabar kepada peminat sukan berkenaan.

Bukan itu sahaja, kawasan Bukit Kwong yang masih belum terusik menjanjikan ketenangan dan kesegaran sekali gus mampu meredakan tekanan setelah penat bekerja. Badan cergas otak cerdas.

Kawasan Bukit Kwong menjanjikan pemandangan yang indah dan menjadi satu kerugian seandainya kawasan itu tidak dimajukan.

No comments:

Post a Comment