Thursday 13 October 2022

Saya bukan datuk - Halim Yazid

 
Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua peminat saya, rakan taulan saya dan followers fb saya.

Dengan ini saya nak maklumkan kepada semua bahawa saya tidak ada apa2 gelaran darjah kebesaran yang bergelar DATO.

Sudah lama saya nak maklumkan perkara ini tetapi saya bimbang akan ada yang tersinggung. Saya sebenarnya tidak pernah sekalipun mengaku atau berkata bahawa saya ada gelaran Dato. Namun melalui beberapa saluran maklumat kepada saya samada melalui perbualan dengan saya, dalam fb saya, jemputan untuk saya membuat persembahan, dan lain2, ramai yang memanggil saya dengan gelaran dato.

Saya membuat kenyataan ini supaya orang ramai khususnya peminat saya tidak lagi keliru dan salah maklumat mengenai perkara ini.

Saya hanya orang biasa sahaja. Saya berpencen dari jawatan kerajaan di Universiti Malaya dan kini saya membuat kerja2 seni khususnya seni dikir sepenuh masa.

Pada fikiran saya, dengan hanya kerja2 seni khususnya seni rakyat yang telah dan sedang saya lakukan, saya tentu belum lagi layak atau tidak layak untuk mendapat gelaran dato.

Saya lebih selesa orang ramai khususnya peminat saya memanggil saya dengan panggilan ABEY tanpa mengira usia dan peringkat umur atau jika dengan panggilan formal, ENCIK sahaja.

Saya menjual koleksi lagu2 dari album nyanyian dikir saya yang saya himpun dalam bentuk pendrive.

Saya harap semua maklum dan tidak keliru lagi.

Adalah saya yang benar,
HALIM YAZID
Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang
Selangor

Sumber: FB Halim Yazid - 12 Okt 2022

No comments:

Post a Comment