Monday 3 October 2022

TIDAK PERLU CERITA SEMUA PERKARA TENTANG DIRI SENDIRI

 
Dalam satu pertandingan kepantasan, seekor cheetah diletakkan bersama beberapa ekor anjing yang garang dan gagah.

Ketika dilepaskan dari tempat kurungan, anjing-anjing itu berlari pantas, meninggalkan satu sama lain.

Cuma, kelihatan cheetah tidak bergerak langsung dari tempat kurungan tersebut.

Mengapa terjadi begitu? Ketahuilah bahawa cheetah menggunakan kepantasan untuk berburu dan memburu, juga melepaskan diri daripada keadaan bahaya.

Kepantasannya bukan untuk dipertandingkan atau dibanggakan. Jauh sama sekali menurut kehendak pihak lain yang akan bergembira dan beroleh untung dengan apa yang dilakukan itu.

Begitulah kehidupan. Kadang-kadang kita tak perlu cerita kepada orang lain bahawa kita ada itu dan ini, berbangga diri dengan kelebihan yang kita ada dengan niat untuk merendahkan orang lain.

Tetapi cukuplah sekadar kita tahu bahawa kita ada keupayaan dan kekuatan untuk laksana perkara-perkara penting dalam hidup kita. Jangan kita dipergunakan untuk kepentingan orang lain. 

No comments:

Post a Comment