Perbuatan sahabat ini menunjukkan kepada kita bagaimana mereka sangat mengerti dalam mengamalkan ajaran Islam yang berkaitan dengan harta di mana ia adalah titipan Allah yang mesti dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Umar al-Khatab memperoleh tanah di Khaibar, lalu dia bertanya kepada Nabi dengan berkata; Wahai Rasulullah, saya telah memperoleh tanah di Khaibar yang nilainya tinggi dan tidak pernah saya peroleh yang lebih tinggi nilainya dari padanya.
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Kalau kamu mahu, kekalkan pengeluaran hasil tanah itu dan kemudian sedekahkan manfaat atau faedahnya.”
Lalu Umar menyedekahkannya, ia tidak boleh dijual, diberikan, atau dijadikan wariskan.
Umar menyedekahkan kepada fakir miskin, untuk keluarga, untuk memerdekakan budak, untuk orang yang berperang di jalan Allah, orang musafir dan para tetamu.
Bagaimanapun harta wakaf juga boleh digunakan dengan cara yang sesuai oleh pihak yang mengurusnya, seperti memakan atau memberi makan kawan tanpa menjadikannya sebagai sumber pendapatan.
Syeikh Mahmud Syaltut dalam bukunya al-Islam: Aqidah wa Syari’ah menulis: “Menyedari bahawa faedah yang lahir daripada harta itu akan merangkumi semua pihak dalam masyarakat, dan harta itu pula dapat memenuhi keperluan masyarakat seperti yang kami sebutkan, maka Allah SWT menyandarkan harta itu supaya diambil perhatian mengenai betapa pentingnya harta itu dan kadangkala kepada diri-Nya sendiri.
Melalui wakaf akan tercapai kepentingan Islam. Sekiranya harta wakaf ini diuruskan dengan baik ia boleh menjadi aset yang baik untuk mencapai kepentingan masyarakat Islam seperti membina masjid, sekolah, menghidupkan ilmu, meningkatkan syiar Islam, kepimpinan Islam dan sebagainya.
Harta wakaf juga dapat memenuhi keperluan fakir miskin, anak yatim dan ibnu sabil yang tidak dapat mencari rezeki kerana keadaan tertentu. Harta wakaf ini boleh memenuhi keperluan dan mengurangkan kesengsaraan mereka.
No comments:
Post a Comment