Hampir
tiga tahun Parti Bersatu Peribumi Malaysia (PPBM) mencuba pelbagai cara untuk menghancurkan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bermula sebaik UMNO hilang kuasa
selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Cubaan pertama untuk mengharamkan UMNO dilakukan ketika PPBM masih diterajui Tun Mahathir Mohammed. Setelah gagal mengharamkan UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, selaku Presiden telah ‘minta’ membubarkan UMNO.
Apabila permintaan itu ditolak, maka bermulalah serangan terhadap Ahmad Zahid dan pemimpin lain yang kemudiannya dikenali kluster mahkamah.
Usaha jahat dari luar dilihat tidak berjaya. Maka, dilakukan pula usaha dari dalam. Apabila UMNO memutuskan tidak mahu bekerjasama dengan PPBM pada PRU15 nanti, maka wujud pula kluster proPPBM.
Selagi ada Ahmad Zahid, kluster proPPBM berasa sukar untuk mengajak UMNO berkerjasama dengan PPBM. Lalu, cara dilakukan ialah dilakukan gerakan yang dilaporkan mahu menyingkirkan Ahmad Zahid Hamidi.
Spekulasi tersebar luas berhubung rancangan menyingkirkan Ahmad Zahid dan Najib dari pentas politik menjelang Ogos ini, yang akan digantikan kepimpinan baharu parti dikenali sebagai UMNO 3.0.
UMNO 3.0 dilaporkan akan bekerjasama dengan PPBM dan PAS, dengan gesaan untuk Zahid berundur daripada jawatan presiden dijangka lebih lantang tidak lama lagi.
Memutuskan kerjasama dengan PPBM bukan dibuat oleh Ahmad Zahid. Keputusan itu dibuat suara akar umbi, memandangkan 143 daripada 190 bahagian memutuskan UMNO perlu memutuskan hubungan dengan parti PPBM.
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada 27 Mac lalu memutuskan tidak mahu bekerjasama dengan PPBM pada PRU15 dan tidak lagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional selepas Parlimen dibubarkan.
Ahli akar umbi tidak mahu sokong parti lain yang telah merampas kerusi-kerusi UMNO melalui lompatan katak, menindas UMNO, pernah membeku akaun UMNO dan cuba membatalkan UMNO?
Pemimpin UMNO 3.0 akan dihukum dengan dahsyat dalam pemilihan parti, jika bertindak bertentangan hasrat akar umbi.
No comments:
Post a Comment