Friday, 27 October 2023

SEJARAH ASAL NAMA ISRAEL

 
Dr Solah al-Khalidi, seorang tokoh tafsir dari Jordan menyarankan agar gerakan menghancurkan Palestin digelar atau dipanggil dengan nama “Rejim Zionis” atau “negara haram Zionis”.
 
Jangan panggil mereka seperti nama yang mereka gunakan iaitu Israel kerana mereka dengan sengaja cuba mengaitkan perjuangan haram mereka membina negara haram di atas penindasan terhadap umat Islam Palestin dengan gelaran mulia Nabi Yaakub iaitu Israel yang bermaksud hamba Allah.
 
Begitu juga pertembungan atau penentangan bukan dengan Yahudi sebagai agama tetapi kerana kezaliman dan penindasan pengikut Zionis di kalangan Yahudi yang mendokong idea penubuhan negara haram di atas darah umat Islam Palestin.
 
Orang Yahudi menjadi pelarian ke seluruh dunia selepas orang Rom membakar Jerusalem pada tahun 70 M. Mereka terpaksa menanggung kesusahan di mana-mana sahaja mereka pergi.
 
Sejak zaman itu, mereka sentiasa menunggu seorang penyelamat, seorang Messiah, yang akan mengumpulkan mereka di bawah satu negeri. Ketika kedatangan Messiah yang ditunggu-tunggu ini tertangguh, beberapa orang idealis Yahudi bergerak untuk menubuhkan negara Israel. Kumpulan ini berkumpul di Basel, Switzerland, pada tahun 1897 dan dipanggil Zionis, sempena Gunung Zion di mana Beth ha-Mikdas (Masjid Al-Aqsa) Nabi Sulaiman dibina.
 
Zionis mula meminta bantuan dari Empayar British, yang merupakan negara yang paling berkuasa pada masa itu, tetapi tuntutan mereka tidak diambil serius. Lama kelamaan, pihak British menyedari bahawa gerakan Yahudi ini semakin kuat dan menawarkan wilayah di bawah jajahan mereka kepada orang Yahudi, seperti Uganda, Siberia dan Cyprus, namun mereka tidak bersetuju.
 
Mereka mahukan Palestin, rumah kepada ratusan ribu orang Arab, yang merupakan tanah yang dijanjikan yang disebut dalam Kitab Taurat.
 
Nama "Israel" berakar umbi dalam Alkitab Ibrani, Kejadian 32:28, di mana Nabi Yaakob menamakan semula Israel selepas berjaya bergelut dengan seorang musuh yang penuh misteri, dalam kepercayaan kristian musuh itu adalah tuhan yang sedang menyamar. Entiti alkitabiah ini yang diasaskan oleh Yaakob kemudian dipanggil "Anak-anak Israel" atau "Orang Israel" (Israelite). Di dalam al-Quran juga bangsa ini disebut Bani Israil.
 
Secara etimologi, “bani” bermakna anak-anak keturunan sedangkan Israel adalah nama asal Nabi Yaakob. Baginda adalah putera Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim. Baginda berhijrah ke Haran wilayah Syria utara dan bernikah di sana, dan dari situlah generasi pertama Bani Israil bermula.
 
Ketika penubuhan negara Israel, terdapat nama-nama lain yang dicadangkan iaitu Eretz Israel, Zion, Judea dan Judea Baru.

No comments:

Post a Comment