Penyebelihan haiwan korban perlu dilakukan pada waktu yang ditetapkan
dan jenis haiwan tertentu. Menyembelih binatang korban hanya boleh
dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga
akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidiladha.
Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12
dan 13 Zulhijjah. Imam Syafie berkata: "Waktu menyembelih haiwan korban
adalah ketika imam telah selesai solat Aidiladha. Apabila hari-hari Mina
telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Zulhijjah), tidak boleh lagi menyembelih
korban." - Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm fi al-Fiqh karya Imam
Syafie, edisi terjemahan bertajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Peringkas dan
peneliti Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, Pustaka Azzam, Jakarta (2004),
jil. 1, m.s. 737.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya perkara pertama yang kita
mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih
(bintang korban). Oleh itu, sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati
sunah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu
hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan
termasuk binatang korban." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim,
hadis no: 1961
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menyembelih sebelum
dia solat (Aidiladha), dia hendaklah mengulanginya." - Hadis riwayat
al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5561.
Sabda Rasulullah SAW: "Seluruh hari Tasyriq merupakan waktu
penyembelihan." - Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no:
16151. 2.
Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan. Ia sesuai dengan status
'pengorbanan' yang tentunya hanya yang baik dijadikan korban tanda keikhlasan
dan takwa.
Kita hendaklah pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut
adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta,
kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain. Jika haiwan itu
disembelihkan juga, maka perbuatan itu hanya layak dipanggil penyebelihan
biasa.
Sabda Rasulullah SAW: "Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan
dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas
sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak
mempunyai lemak (kurus)." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu
Daud, 2420.
Tidak gunting rambut dan potong kuku. Bagi mereka yang ingin
melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong
kukunya semenjak tarikh 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban
tersebut.
Sabda Rasulullah SAW: "Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan
Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban,
janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit." - Hadis riwayat
Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1977.
Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur
atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di
badan.
Menurut Imam al-Nawawi: "Yang dimaksudkan dengan larangan memotong
kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut
atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan
rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan
sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak,
misai, bulu ari-ari, rambut atu bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang
lain." – Rujuk Kitab Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms.
138-139.
Diukil dari kitab Ahkaam al-‘Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya
Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, edisi terjemahan dengan tajuk
Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta
(2005), ms. 98.
Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun
rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan atau
menyesal akan perbuatan itu.
Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda). Ibn Qudamah berkata:
"Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon
ampun) kepada Allah. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik
dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja." - Rujuk Kitab al-Mughni
karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96. Dinukil dari kitab Ahkaam al-‘Iedain fis Sunnah
al-Muthaharah karya Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, ms. 99 4.
Seekor unta, lembu dan kerbau boleh dibahagikan kepada 7 bahagian. Jabir
berkata: "Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah SAW
ketika di Hudaibiyah. Seekor unta untuk 7 orang dan menyembelih lembu untuk 7
orang bersama-bersama Rasulullah SAW" - Hadis riwayat Muslim di dalam
Sahih Muslim, hadis no: 1318.
Haiwan lain yang boleh dikorbankan ialah kibas, biri-biri dan kambing
yang diternak dan jinak.
Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya. Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.
Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya. Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.
Atha bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara
berkorban pada zaman Rasulullah SAW. Lalu Abu Ayyub menjawab: "Dulu
seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka
memakannya dan membahagikannya kepada orang lain." - Hadis riwayat
al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1425.
No comments:
Post a Comment