Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai lalu bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan, tidak dilaksanakan.
Baginda turut menegaskan bahawa kenyataan Menteri di Parlimen pada 26 Julai adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen.
Kenyataan itu adalah fakta. Ia jelas dan satu penjelasan melalui satu kenyataan rasmi Istana Negara pada 28 Julai.
Bertitik tolak kenyataan itu, pihak pembangkang cuba mengelirukan rakyat dengan menggunakan ungkapan ‘penderhakaan’ kepada Yang di-Pertuan Agong oleh kerajaan.
Turut dibangkitkan ialah isu ‘kemurkaan’ Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri.
Tindakan pembangkang itu umpama ‘lebih sudu dari kuah’, ‘menangguk air keruh’ dan ‘menahan lukah di pergentingan’.
Hakikatnya, hubungan Yang di-Pertuan Agong dengan Perdana Menteri masih berjalan dengan baik.
Perdana Menteri masih dibenarkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sebagaimana sebelumnya.
Yang di-Pertuan Agong adalam pemimpin yang matang dan bijaksanakan dalam menjalankan tugas baginda.
Baginda menzahirkan pandangan selaku Ketua Utama Negara mempunyai kewajipan untuk menyampaikan nasihat dan teguran jika berlaku sebarang tindakan yang tidak berperlembagaan oleh mana-mana pihak.
Namun, pada masa sama Seri Paduka juga sedia maklum akan perlunya baginda bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti terkandung dalam Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, bagi memastikan pentadbiran negara terus berfungsi, baginda bertindak matang dan seperti mana sepatutnya dalam menjalankan tugas baginda.
Pihak pembangkang yang terus memainkan isu derhaka dan murka sebenarnya tidak menghormati dan memperkecilkan keperibadian tinggi Yang di-Pertuan Agong.
Jadi, pihak yang sebenarnya derhaka ada pembangkang. Mereka tidak menghormati sikap Yang di-Pertuan Agong yang bijaksana dan penuh berhemah dalam setiap perkara.
No comments:
Post a Comment