Wednesday, 12 July 2023

Fitnah Zahid letak batu asas kuil

 
Politik fitnah dan ulang cerita lama memang sudah sebati dalam dunia politik Malaysia. Paling menyedihkan, fitnah itu disebarkan oleh mereka yang mengaku memperjuangkan Islam.
 
Mereka ini sama ada lupa atau buat-buat lupa akan hukum membuat fitnah. 

Hukum fitnah jelas haram dan ditegah dalam hukum syarak. Ini kerana perbuatan fitnah dikecam dengan keras oleh Baginda Rasulullah dalam hadis yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba) – (Hadis riwayat Bukhari 6056 dan Muslim 105).
 
Atau adakah mereka tidak faham akan maksud firman Allah: “dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 191)
 
Tentu sekali mereka yang mengaku memperjuangkan Islam itu faham atau tahu tentang hadis dan ayat al-Quran itu. Namun, disebabkan hati busuk dan tidak takut menanggung dosa, mereka melakukan perbuatan dosa besar itu.
 
Atau, mungkin juga mereka sudah berasa diri itu terlalu suci dan benar.
 
Kisah fitnah dan ulang cerita kali ini berkisar kononnya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletakkan batu asas untuk sebuah kuil Hindu di Bagan Datoh, kononnya!
 
Hakikatnya, klip video tersebut sebenarnya menunjukkan Zahid Hamidi dan Menteri Sri Lanka dalam satu majlis pecah tanah untuk pembinaan kilang projek usahasama syarikat Malaysia, Hyrax Oil dan syarikat Sri Lanka. 
 
Hyraz Oil adalah milik seorang wanita Melayu warga Malaysia.
 
Peristiwa itu disiarkan dalam media pada 22 Julai 2016. Sudah lama tu. Tetapi sekarang ini carian di internet tidak sukar dilakukan. Semua maklumat di hujang jari. 

Cukup-cukuplah buat fitnah, kecuali memang berhasrat untuk masuk neraka atau tidak mahu masuk syurga.

No comments:

Post a Comment