Tuesday, 26 November 2024

RUMAH BESAR, TETAPI TIDAK ADA PEMBANTU RUMAH

 
Ada seorang cikgu datang ke rumah kami untuk ambil barang. Sambil tu, dia minta izin untuk buat house tour. Dia tanya rumah besar macam ni ok ke tak ada bibik?
 
Alhamdulillah kami ada 4 orang 'bibik' sekarang. Nanti tahun depan akan bertambah jadi 5 orang bibik.
 
Anak-anak bila dah masuk umur 7 tahun kami akan ajar buat kerja rumah sendiri, jadi bibik.
Kami ada 6 orang anak. Sulung 15 tahun, bongsu 2 tahun. Anak-anak jika di'bibik'kan dari awal diorang akan jadi rajin buat kerja rumah dan faham tanggungjawab.
 
Sejak dari umur 7 tahun, kami ajar gosok baju sendiri. Basuh pinggan mangkuk sendiri. Bersihkan tempat makan masing-masing, kalau ada nasi jatuh atau kuah tumpah kena pastikan clear selapas selesai makan.
 
Lipat baju pun mereka kena buat sendiri, malah Nisreen sejak umur 5 tahun lipat baju sendiri sebab terikut abang dan kakak buat.
 
Kami tak nak anak-anak ada penyakit "princess syndrome" yang akan menyebabkan mereka jadi pemalas tanpa rasa bersalah. Tak nak hilang common sense dalam hidup mereka.
 
Anak lelaki atau perempuan sama je kami ajar buat kerja rumah sama-sama. Tak ada beza.
 
Sebenarnya semua kerja rumah adalah mudah untuk anak-anak selesaikan dengan senang hati dan gembira. Bukan setakat kemas bilik sendiri, kadang mereka ketuk pintu master bedroom kemudian minta izin untuk kemaskan bilik abah mama sekali.
 
Yang dalam gambar ni Fina. Ketika saya sedang potong rumput, dia datang minta nak buat juga. Saya tak suruh pun.
 
Kalu anak tak diajar buat kerja dari kecil, rumah jadi kelam kabut, kotor, sink penuh dengan pinggan mangkuk, baju bergunung tak sempat nak lipat. Anak-anak asyik main gajet sebab tak ada kerja nak buat. Anak jadi macam raja.
 
Bila anak-anak jadi raja, ibu bapa akan jadi hamba sampai tua.
 
Kredit : Mohd Yazid Ismail

No comments:

Post a Comment