Begitu juga, atas dasar hak kebebasan individu,
seseorang itu berhak membantah perbuatan perokok yang merokok berhampiran dengan orang lain, terutama di tempat awam kerana kesan buruknya turut
ditanggung oleh orang lain. Perbuatan perokok itu mengganggu hak orang lain untuk hidup
lebih selamat dan selesa.
Asap rokok yang dibebaskan oleh perokok
dipanggil asap tembakau persekitaran (ETS). Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia
mendapati ETS mengandungi 4,000 bahan beracun, di mana termasuk 22 bahan kimia,
12 agen penyebab barah dan 10 logam berat.
ETS memberi kesan rokok kepada perokok
pasif lebih tinggi berbanding perokok sendiri. Di mana, perokok pasif mengalami
tiga kali ganda kesan tar, sekali ganda jumlah karbon manoksida, tiga kali
ganda nikotin dan 50 kali ganda bahan menyebabkan kanser.
Orang yang tidak merokok terpaksa
menanggung akibat tabiat buruk perokok. Satu keadaan yang tidak adil dan
menceroboh hak orang lain. Sebab itu kita patut menyokong tindakan kerajaan mewartakan tempat awam seperti
restoran berhawa dingin, kawasan sekolah, dalam kenderaan awam, kawasan
hospital dan tempat orang ramai sebagai kawasan larangan merokok.
Perbuatan merokok bukan lagi lambang status
atau kepuasan seperti ketika pengaruh merokok mula menular di negara
kita.
Masyarakat Barat yang memperkenalkan industri rokok kini telah menolak amalan
yang pada satu ketika dulu menjadi kegilaan ramai. Masyarakat kini memandang
perbuatan merokok sebagai menyalahi matlamat ingin hidup dengan sihat dan
ceria.
Peratusan permintaan rokok di negara Barat
kini menurun. Oleh itu, strategi pemasaran rokok kini ditumpukan kepada
negara sedang membangun dan mundur yang taraf kesedaran penduduknya terhadap
bahaya rokok masih rendah.
Kerajaan di negara sedang membangun dan mundur sanggup menerima pelaburan besar
syarikat rokok melalui pengiklanan dan sumbangan, biarpun sedar ia merugikan
rakyat.
Perbuatan merokok adalah satu jenayah
terhadap diri sendiri. Perokok menjermuskan diri dalam jurang kebinasaan.
Melakukan amalan membinasakan diri bermakna melakukan dosa terhadap diri
sendiri. Tanpa rokok seseorang dapat menikmati kehidupan lebih baik dan
selamat.
Orang yang berjaya dalam hidup biasanya tidak
merokok dan benci kepada rokok. Merokok menyebabkan banyak aktiviti seharian
terganggu. Mereka terpaksa berhenti daripada melakukan tugas seketika
semata-mata untuk merokok.
Perokok sanggup melanggar peraturan
melarang merokok di tempat awam, membuat kotor, tidak menghormati orang yang
tidak merokok dan tidak sayangkan diri sendiri.
Sudah tiba masanya seluruh rakyat memandang benci terhadap tabiat merokok
sepertimana perasaan benci terhadap dadah. Malah terbukti 99 peratus penagih
dadah adalah dari kelangan perokok. Dadah dan rokok adalah musuh negara.
No comments:
Post a Comment